الجمعة، 23 ديسمبر 2011

SaMpaiKan & TeriMaLah

Doa Nabi Musa
"Ya Tuhanku, lapangkan dadaku, mudahkan untukku urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku agar mereka mengerti perkataanku"
( Surah Taha : 25-28)

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,
“ Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengn hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah”.

Bismillahhirahmannirahhim..
Pada entry first ini, Insyallah ana ingin kongsikan sesuatu yang mungkin dijadikan panduan ataupun sekadar bahan bacaan tatkala dilanda kebosanan.


Benarlah kata orang bahawa orang lain adalah cermin kepada diri kita.
Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa tindak-tanduk atau perlakuan kita adalah salah.
Mungkin kita merasakan tiada masalah tetapi orang lain yang melihat tahu bahawa ianya adalah kesalahan. Oleh itu, teguran dan nasihat dari orang lain itu amat penting dalam proses membaiki diri menjadi insan yang biasa kepada luar biasa.Sebagai contoh,dari sudut ikhtilatnya,akhlak,ibadah dan sebagainya.

Firman Allah S.W.T :
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik”


Islam telah menggariskan dalam membuat teguran
  • berhati-hati terutama jika kita bertindak sebagai orang perantaraan bagi menjelaskan sesuatu.
  • Tidak merendahkan ego orang yang ditegur.
  • Mencari waktu yang tepat.
  • Memahami kedudukan orang yang ditegur
Ye,Memang ader yang akan kata:
"cara tidak penting,yang penting mesej nya sampai"
Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana kita menerima teguran tersebut.
Sesungguhnya, keperbadian setiap seorang adalah berbeza. Adakala nya, kita boleh menerima apa yang disampaikan namun begitu ia terkesan hati disebabkan cara penyampaian yang sesuai.Ada juga yang x dapat menerima langsung.Seharusnya penegur bijak menggunakan garis panduan yang telah ditetapkan bukan hanya mementingkan kesampaian mesej tersebut. Kita tidak seharusnya melatah dan terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Semua ini tidak membawa apa-apa kebaikan malah memburukkan lagi keadaan, tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitungkan oleh Allah. Perasaan ingin berhujah yang tidak dapat dikawal akan menyebabkan permusuhan antara individu tersebut.
Perkara ini sudah tentulah bertentangan dengan firman Allah dalam surah Ali- Imran ayat 103 yang mengingatkan,

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalin dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berd di jurang neraka, maka Dia menyelamatakan kamu daripadanya. Demikian Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk.”

Oleh itu, ayuh lah sahabat-sahabat sekalian jadikanlah Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 & 105 sebagai pegangan, maksudnya :



“Dan janganlh kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat.”

Tidak bermakna sekali salah akan salah selamanya
Jangan bebankan seseorang dengan satu kesalahan yang sudah diperbetulkan
Wallahualam

^_____^
SENYUM

هناك 6 تعليقات:

  1. x sangke ada d bakat menulis,i really like the way u write..it give me an inspiration to bear this life

    ردحذف
  2. hehe...x der bakat pon..sje2 je nie
    insyallah seha mampu tempuh kehidupan ini dengan tenang

    ردحذف
  3. Salam Perkenalan..
    penulisan yang bagus..

    ردحذف
  4. penulisan untuk sumer
    syukran sudi bce

    ردحذف
  5. arabic yer awak punya ni? izinkan akak link kan blog awak dalam blog akak ok.. thanks :)

    Nice sharing... pokoknya Islam menggariskan HIKMAH dalam suatu urusan. Tegur menegur, berdebat, berbicara dan sebagainya..

    InsyaAllah sama2 kita menjadi jiwa yang baru..

    ردحذف
  6. syukran kak nani...ada rindu saat bermurabbi..ingin mengisi hati yg kosong..

    ردحذف